Servis Aircond Profesional di Mont Kiara (High Rise Specialist)
Nazran Air Conditioning menawarkan kepakaran dan perkhidmatan aircond yang untuk kediaman dan komersial ringan. Antara servis yang ditawarkan termasuklah cucian, baik pulih dan pemasangan sistem penyaman udara.
Juruteknik kami adalah bertauliah dan berpengalaman dengan selok-belok prosedur servis di bangunan kondominium sekitar Mont Kiara. Bukan itu sahaja, kami juga mementingkan respon WhatsApp yang segera supaya urusan anda lebih mudah, sambil mengekalkan harga telus tanpa caj tersembunyi.
KENAPA KAMI BERBEZA
Pakar Condo & High Rise Bukan Sekadar Tukang Aircond
Servis aircond di condo berbeza dengan rumah teres biasa. Justeri itu, kami faham prosedur akses, peraturan JMB, dan cabaran teknikal bangunan tinggi di Mont Kiara.
Faham Prosedur JMB
Juruteknik kami amat faham dan telah biasa dengan peraturan akses, permit kerja, dan waktu operasi yang ditetapkan oleh pengurusan condo di Mont Kiara dan kawasan sekitar. Oleh itu urusan kerja akan menjadi teratur serta lancar.
Kerja Senyap & Kemas
Kami menggunakan peralatan yang tidak mengeluarkan bunyi bising dan memastikan unit kediaman dan persekitaran bersih selepas menyiapkan kerja bagi menghormati jiran-jiran anda.
Berpengalaman High-Rise
Pasukan kami mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan sistem centralized chiller, VRV/VRF, cassette unit, dan duct system yang lazimnya digunakan di condo premium sekitar Mont Kiara.
Warranti 30 Hari
Setiap kerja dilindungi dengan waranti selama 30 hari. Jika masalah berulang dalam tempoh tersebut kami akan datang semula dan menyelesaikannya tanpa mengenakan caj tambahan. Oleh itu anda akan mendapat ketenangan fikiran.
Harga Telus
Sebutharga percuma disediakan sebelum kerja bermula. Setelah harga yang ditetapkan dipersetujui tiada tambahan can yang akan dikenakan.
PERKHIDMATAN KAMI
Apa Yang Kami Tawarkan

Servis Aircond
Servis Berkala (Normal & Chemical):
Pastikan udara sentiasa bersih dan unit penyaman udara anda tahan lama dengan pilihan servis normal untuk cucian penapis serta pemeriksaan gas, atau servis kimia yang menggunakan cecair khas bagi menanggalkan kotoran degil, kulat, dan habuk pada unit dalaman serta luaran. Hasilnya, anda akan menikmati aliran angin yang lebih kuat, kualiti udara yang lebih segar, serta penjimatan elektrik kerana mesin tidak lagi perlu bekerja keras untuk mendinginkan ruang.
Baik Pulih Aircond
Repair & Troubleshooting:
Jika aircond anda mengalami masalah seperti tidak sejuk, air menitis, atau lampu berkelip, pasukan juruteknik kami sedia melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk membaiki kerosakan komponen seperti board, kompresor, kapasitor, serta menangani punca kebocoran gas dengan pantas. Kami menggunakan alat diagnostik yang tepat bagi memastikan setiap baik pulih dilakukan secara efektif mengikut standard pengilang, sekali gus mengembalikan fungsi asal aircond anda tanpa caj tersembunyi.
Pasang Aircond
Pemasangan Baru & Pindah Unit:
Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan profesional yang menjamin kekemasan serta teknikal yang betul bagi mengelakkan masalah kebocoran air atau gas di masa hadapan. Skop kerja merangkumi pemasangan unit baru dengan pendawaian asas, perkhidmatan buka dan pasang (dismantle) bagi perpindahan lokasi tanpa membazirkan gas sedia ada, serta penggunaan casing paip (atas permintaan) untuk memastikan estetika dinding rumah anda sentiasa terjaga.
Jadual Harga
| Jenis Servis | Harga Bermula Dari | Penerangan Ringkas |
| Servis Biasa (Chemical) | RM130 / unit | Cuci penapis, indoor & outdoor unit |
| Servis Overhaul | RM250 / unit | Cuci menyeluruh (buka unit), atasi air menitik |
| Pemasangan Baru | RM340 / unit | Pemasangan profesional & kemas |
| Baik Pulih (Repair) | RM80 / kunjungan | Pemeriksaan kerosakan & troubleshooting |
| Isi Gas (Refill) | Ikut Spesifikasi | R22, R32, atau R410A |
Penafian & Jaminan (Disclaimer)
Nota & Jaminan Kami:
- Waranti Perkhidmatan: Semua kerja servis disertakan dengan jaminan selama 30 hari (terma & syarat tertakluk)
- Ketelusan Harga: Harga yang dinyatakan adalah harga bermula (starting price). Sebut harga akhir bergantung kepada jenis unit, kapasiti (HP), dan tahap kerosakan selepas pemeriksaan dilakukan.
- Caj Pemeriksaan: Caj pemeriksaan sebanyak RM80 akan dikenakan sekiranya tiada kerja pembaikan diteruskan selepas diagnosis dibuat.
KAWASAN LIPUTAN
Lokasi Servis Aircon
Kami menyediakan servis aircond profesional di Mont Kiara dan kawasan sekitar dengan harga yang berpatutan dan pasukan juruteknik berpengalaman. Antara lokasinya termasuk:
- Seni Mont Kiara
- 10 Mont Kiara
- Arcoris Mont Kiara
- Solaris Dutamas
- Sri Hartamas Residency
- Publika / Hampshire Park
- Desa ParkCity
- Damansara Heights
- Bangsar South
- KLCC & Sekitarnya
TESTIMONI
Ulasan Pelanggan Kami
Salina
service memang bagus, masalah aircon rosak dapat diselesaikan. Kerja kerja pemasangan air con juga kemas dan bersih. Harga berpatutan dengan service dan hasil. recommended!
⭐⭐⭐⭐⭐
Abdul Wahid
Pertama dapat servis aircond ikut masa yang kita pilih dan siap dgn pantas dan efisyen. Technician sgt bagus dalam memberi nasihat servicing
⭐⭐⭐⭐⭐
Thesh
Servis bagus. Technician ikhlas. Tak charge extra. Hanya check and buat apa yang diperlukan. Happy customer.
⭐⭐⭐⭐⭐
SOALAN LAZIM
Soalan Yang Kerap Ditanya
Harga servis aircond di Mont Kiara biasanya bermula sekitar RM80 – RM150 bagi servis biasa (general cleaning). Untuk chemical cleaning atau overhaul, harga bergantung kepada tahap kotoran dan jenis unit.
Aircond rumah disyorkan diservis sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Jika aircond digunakan lebih 8 jam sehari, servis setiap 3-4 bulan adalah lebih baik untuk mengelakkan kerosakan awal.
Bahagian customer servis tidak beroperasi pada hari Ahad dan cuti umum.
Pemasangan satu unit aircond biasanya mengambil masa 2-3 jam. Untuk 4-5 unit, ia mengambil masa seharian penuh. Kami akan maklumkan anggaran masa sebelum kerja bermula.
Kami servis semua jenama termasuk Daikin, Panasonic, Mitsubishi, Midea, Sharp, Gree, Hisense, York, Samsung, LG, dan banyak lagi. Tiada jenama yang kami tidak boleh kendalikan.
Tempahan sangat mudah melalui WhatsApp
Hantar maklumat:
1. Lokasi (contoh: condo/apartment di Mont Kiara)
2. Jenis masalah
3. Bilangan unit
Ya, kami memberikan waranti kerja 30 hari untuk semua perkhidmatan. Jika ada masalah berulang dalam tempoh waranti, kami akan datang semula tanpa caj tambahan.
Maklumat Syarikat
Nama Syarikat:
RS Dynamic Resources (SA0632160-A)
Jenama:
Nazran Air Conditioning
No. Telefon:
012-2468 145
Email: nazranintegratedresources@gmail.com
Hubungi Kami Sekarang
Dapatkan quotation percuma untuk rujukan anda. Juruteknik kami sedia datang ke kediaman anda di Mont Kiara dan sekitarnya.
Artikel
Follow kami di TikTok

