Servis Aircond Setia Alam – Repair, Service & Installation Pantas

Servis Aircond Lengkap di Setia Alam

Nazran Air Conditioning menyediakan servis aircond profesional di Setia Alam termasuk cuci aircond, baik pulih (repair), dan pemasangan unit baru untuk rumah, homestay dan pejabat.

Pakar Aircond Tempatan Setia Alam

Kami memahami keperluan pelanggan di Setia Alam termasuk jenis kediaman seperti landed house, apartment dan homestay. Dengan pengalaman servis di kawasan ini, kami lebih cepat kenal pasti masalah dan berikan solusi yang tepat tanpa trial & error.

Faham Prosedur JMB/MC

Juruteknik kami amat faham dan telah biasa dengan peraturan akses, permit kerja dan waktu operasi yang ditetapkan oleh pengurusan kondominium di Setia Alam dan kawasan sekitarnya. Oleh itu urusan kerja akan menjadi teratur serta lancar.

1. Kerja Senyap & Kemas

Kami menggunakan peralatan yang tidak mengeluarkan bunyi bising dan memastikan unit kediaman dan persekitaran bersih selepas menyiapkan kerja bagi menghormati jiran-jiran anda.

2. Sesuai Untuk Rumah, Homestay & Pejabat

Kami berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis pelanggan dari rumah kediaman (keluarga), homestay/Airbnb (perlukan servis konsisten & cepat), dan pejabat & kedai. Servis adalah fleksibel mengikut keperluan penggunaan aircond anda.

3. Warranti 30 Hari

Setiap kerja dilindungi dengan waranti selama 30 hari. Jika masalah berulang dalam tempoh tersebut kami akan datang semula dan menyelesaikannya tanpa mengenakan caj tambahan. Oleh itu anda akan mendapat ketenangan fikiran.

4. Harga Telus

Sebutharga percuma disediakan sebelum kerja bermula. Setelah harga yang ditetapkan dipersetujui tiada tambahan can yang akan dikenakan.

Perkhidmatan Kami

Juruteknik aircond sedang melakukan kerja pemasangan di Setia Alam

Servis Aircond

Servis Berkala (Normal & Chemical):

Pastikan udara sentiasa bersih dan unit penyaman udara anda tahan lama dengan pilihan servis normal untuk cucian penapis serta pemeriksaan gas, atau servis kimia yang menggunakan cecair khas bagi menanggalkan kotoran degil, kulat, dan habuk pada unit dalaman serta luaran. Hasilnya, anda akan menikmati aliran angin yang lebih kuat, kualiti udara yang lebih segar, serta penjimatan elektrik kerana mesin tidak lagi perlu bekerja keras untuk mendinginkan ruang.

Ketahui lebih lanjut >

Baik Pulih Aircond

Repair & Troubleshooting:

Jika aircond anda mengalami masalah seperti tidak sejuk, air menitis, atau lampu berkelip, pasukan juruteknik kami sedia melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk membaiki kerosakan komponen seperti board, kompresor, kapasitor, serta menangani punca kebocoran gas dengan pantas. Kami menggunakan alat diagnostik yang tepat bagi memastikan setiap baik pulih dilakukan secara efektif mengikut standard pengilang, sekali gus mengembalikan fungsi asal aircond anda tanpa caj tersembunyi.

Ketahui lebih lanjut >

Pasang Aircond

Pemasangan Baru & Pindah Unit:

Kami menyediakan perkhidmatan pemasangan profesional yang menjamin kekemasan serta teknikal yang betul bagi mengelakkan masalah kebocoran air atau gas di masa hadapan. Skop kerja merangkumi pemasangan unit baru dengan pendawaian asas, perkhidmatan buka dan pasang (dismantle) bagi perpindahan lokasi tanpa membazirkan gas sedia ada, serta penggunaan casing paip (atas permintaan) untuk memastikan estetika dinding rumah anda sentiasa terjaga.

Ketahui lebih lanjut >

Jadual Harga

Jenis ServisHarga Bermula DariPenerangan Ringkas
Servis Biasa (Chemical)RM130 / unitCuci penapis, indoor & outdoor unit
Servis OverhaulRM250 / unitCuci menyeluruh (buka unit), atasi air menitik
Pemasangan BaruRM340 / unitPemasangan profesional & kemas
Baik Pulih (Repair)RM80 / kunjunganPemeriksaan kerosakan & troubleshooting
Isi Gas (Refill)Ikut SpesifikasiR22, R32, atau R410A

Penafian & Jaminan (Disclaimer)

Nota & Jaminan Kami:

  • Waranti Perkhidmatan: Semua kerja servis disertakan dengan jaminan selama 30 hari (terma & syarat tertakluk)
  • Ketelusan Harga: Harga yang dinyatakan adalah harga bermula (starting price). Sebut harga akhir bergantung kepada jenis unit, kapasiti (HP), dan tahap kerosakan selepas pemeriksaan dilakukan.
  • Caj Pemeriksaan: Caj pemeriksaan sebanyak RM80 akan dikenakan sekiranya tiada kerja pembaikan diteruskan selepas diagnosis dibuat.

Kawasan Servis Sekitar Setia Alam

Kami cover seluruh kawasan sekitar Setia Alam termasuk:

  • Setia Alam U13
  • Setia Indah
  • Setia Impian
  • Alam Nusantara
  • Denai Alam
  • Setia Damai
  • Setia Eco Park
  • Setia Taipan 1 & 2
  • Sunsuria Forum
  • Setia Prima
  • Setia City Residences
  • Eco Ardence
  • Rumah Selangorku Setia Alam
  • Bywater Precinct

Ulasan Pelanggan Kami

Salina

“service memang bagus, masalah aircon rosak dapat diselesaikan. Kerja kerja pemasangan air con juga kemas dan bersih. Harga berpatutan dengan service dan hasil. recommended!”


Abdul Wahid

“Pertama dapat servis aircond ikut masa yang kita pilih dan siap dgn pantas dan efisyen. Technician sgt bagus dalam memberi nasihat servicing”

Thesh

“Servis bagus. Technician ikhlas. Tak charge extra. Hanya check and buat apa yang diperlukan. Happy customer.”

Puan Liyana

“Saya urus homestay di Eco Ardence. Aircond sangat penting untuk guest. Nazran Air Conditioning memang cepat respon dan kerja sangat kemas. Guest pun puas hati. Memang akan repeat servis.”

Hafiz

“Aircond bocor air di rumah saya Setia Eco Park dan bunyi kuat. Ingatkan kena tukar baru, rupanya boleh repair je. Technician explain dengan jelas dan harga pun berpatutan. Tak ada caj tersembunyi.”

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa harga servis aircond di Setia Alam?

Harga servis aircond di Setia Alam bergantung kepada jenis servis yang diperlukan termasuk:
1. Servis biasa (cuci standard)
2. Chemical wash (deep cleaning)
3. Repair (baik pulih kerosakan)
4. Installation (pemasangan unit baru)
5. Setiap kes adalah berbeza kami akan berikan quotation tepat selepas inspection.
6. WhatsApp sekarang untuk semak harga & availability dengan cepat

Berapa kerap saya perlu servis aircond?

Untuk memastikan aircond sentiasa sejuk dan tahan lama, disarankan servis setiap 3 bulan sekali jika kerap digunakan (rumah sewa / homestay / pejabat). 4–6 bulan sekali pula untuk penggunaan biasa di rumah.
Servis berkala membantu:
1. Mengelakkan kerosakan yang lebih besar
2. Menjimatkan pengunaan elektrik
3. Mengekalkan udara bersih dan sihat

Bila perlu segera panggil technician?

Hubungi kami segera jika anda alami:
1. Aircond langsung tak sejuk
2. Air menitis atau bocor
3. Bunyi pelik dari unit
4. Bau busuk atau berhabuk
5. Tindakan awal boleh elakkan kerosakan yang lebih serius.

Maklumat Syarikat

  • Nama Syarikat: RS Dynamic Resources (SA0632160-A)
  • Jenama: Nazran Air Conditioning
  • No. Telefon: 012-2468 145
  • Email: nazranintegratedresources@gmail.com

Hubungi Kami Sekarang

Dapatkan quotation percuma untuk rujukan anda. Juruteknik kami sedia datang ke kediaman anda di Setia Alam dan sekitarnya.

Adakah Anda Juga Mempunyai Unit Kondominium atau Pejabat di Bandar?

Selain daripada rumah teres dan premis komersial di Setia Alam, Nazran Air Conditioning juga merupakan High Rise Specialist yang menguruskan sistem aircond kondominium premium di pusat bandar. Ketahui bagaimana kami menguruskan permit JMB dan teknikal bangunan tinggi di cawangan bandar kami.